Saturday, March 29, 2014

Jalan-jalan bersama keluarga

Bismillah...

Minggu ni penghujung cuti sekolah seminggu.
Alhamdulillah masih di beri kesempatan dari Allah membawa anak-anak berjalan.
Mula-mula nak pergi ke Bangi Gateway je beli jam tangan Nabihah.
Tapi, disebabkan husband dah menghala kereta ke Sg. Merab untuk makan tengah hari...maka terus la menghala ke Putrajaya.

Perancangan ke Putrajaya:
1. Nak tengok belon gas - tidak dipersetujui sebab orang ramai lagi pun dah tengah hari.
2. Nak ke wetland, boleh pusing-pusing kayuh basikal. Basikal kena sewa - tidak dipersetujui sebab dah tengah hari.
3. Gi Alamanda.

Mula-mula buntu gak apa nak buat kat Alamanda ni...
Tapi rupanya ada aktiviti untuk kanak2 dan show peralatan sukan.
Aktiviti:
1. show peralatan sukan: anak-anak pakat test semua alat sukan. yang comelnya ada kerusi urut untuk kanak-kanak. Zaharah mula-mula duduk acam tak selesa...alih-alih dia pun nak syok...sebab badan dapat urut.
2. makan ais-krim cone McD.
3. Sesi mewarna untuk kanak-kanak terawal. pensel warna di sediakan oleh pihak penganjur. tapi, nabihah dan afiqah kena bawa sendiri sebab pensel warna dah habis...alhamdulillah, beli di MPH dekat dengan ruang mewarna.
4. Minum air sambil tengok anak-anak main di ruang main kanak-kanak, rupa-rupanya ruang tu tengah construction...tepaksala kami beredar...hehe

On the way balik, isi minyak...kemudian terus dinner awal.
Seronok tengok anak-anak makan dengan penuh selera...berulang kali kata sedapnya..seapnya...alhamdulillah.
Siap nak tambah nasi lagi, mummy kata takpe...kat rumah ada nasi...nasi kita sambung makan lagi ya...OK

Singgah Bangi gateway, beli jam tangan Nabihah.
Balik rumah...mandi2...rehat-rehat sambil makan keropok...
Makan nasi lauk ikan goreng sedap...
Tidur.

Alhamdulillah...syukur...

Monday, March 3, 2014

Coretan yang baik

Bismillah...

Kadangkala emosi itu ada naik turunnya.
Mood dan kehendak diri pun begitu.

Tetapi saya cuba belajar mencatat coretan yang positif.
Sekiranya coretan itu untuk diri dan keluarga; insyaAllah Allah hadiahkan.
Sekiranya coretan itu untuk muslimin muslimat; insyaAllah Allah hadiahkan.

Usah di kira atau di ukur, bagaimana terhempas berkecainya hati kita.
Pipi di basahi air mata kekecewaan.

Tetapi ingatlah, betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan.
Air mata penghapus dosa.
Kasih sayang suami, anak-anak dan keluarga merupakan hadiah dari Allah untuk mengubat kelukaan.

Alhamdulillah...coretan positif itu menjadi penguat atau semangat secara alam maya.

Maaf kan hati yang melukai...ubati hati yang terluka dengan Zikrullah.

Sesungguhnya kasih sayang ini milik Allah yang abadi.
Di pinjamkan kita di muka bumi ini hanya untuk sementara, supaya dapat menabung untuk alam akhirat yang kekal abadi.

Amin...Amin...Amin...

Sunday, March 2, 2014

Makan sedap bersama keluarga

Bismillah...

Kadang-kadang terfikir, kenapa nak bawak anak-anak makan luar.
Sedap sangat ke masakan di kedai.
Lauk dah kurang ke di peti ais.
Kesuntukan masa ke.
Penat sangat ke.

Itu semua bukan jawapan dan alasan.

Suami belanja bukan untuk bermewah-mewah, tetapi sekadar ingin melihat gelagat dan reaksi anak-anak.
Nabihah: mummy, nanti balik kakak nak makan nasi lagi. mummy masak sedap-sedap ya.
Afiqah: mummy, kak ngah suka sangat lauk-lauk ni. kat umah mummy masak lagi sedap ya.
Zaharah: adik nak makan mummy suap...? angguk2 tanda setuju.

Begitu la anak-anak. Di masa ini ku rasa masa yang Allah pinjamkan amat pantas berlalu.
Kasih sayang anak-anak hingga ke syurga.
Hidup ini hanya sementara di akhirat dan syurga kelak kekal abadi, insyaAllah.

SAYANG anak-anak mummy dan daddy.