Tuesday, March 12, 2013

penangan Nabihah

hari nie aku bercita2 balik awal...awal dlm erti kata lain sebelum pkl 6petang.
kebetulan kereta di uji...mula 5.40-6.00 keta masih belum start...
kol husband, alhamdulillah husband dh sampai rumah...ada urusan di bangi...
jadi dapatla balik awal.
aku masuk opis kejap...tenangkan fikiran
pkl 6.15 cuba start semula...masih belum berjaya...kol husband...
alhamdulillah husband n anak2 otw amik ku...

6.30 petang...nabihah bersungguh2 nak cabut gigi depannya yg sebelah kanan.
katanya:
i. kakak tak takut cabut gigi
ii. gigi kakak dh semakin pendek, kena cabut

kami pun menuju ke klinik gigi puteri seky 3 tambahan,
masuk klinik bukan main riang ria...
masuk je bilik cabut gigi...menjerit2 tak nak cabut gigi...
meronta2 pd suamiku, menunjukkan aksi tak nak cabut gigi

kami dalam kesabaran melihat karenah nabihah...
doc pun faham kanak-kanak.
doc suruh balik dulu, bila betul2 sudah bersedia...datang la semula

otw nak balik...suamiku masih boleh bagi hadiah baju pada nabihah & afiqah...
aku cakap: aa nie daddy dh belikan baju, boleh la hantar nabihah ke klinik gigi...
mengenangkan dh nak maghrib...kami pun balik la rumah dulu
dapat gak sejukkan hati...hehe


Monday, March 11, 2013

checkup 11/3/2013

hari nie Zaharah check up 1 tahun 3 bulan...
Alhamdulillah hari nie, suami dapat teman ke KK BSP... bila terkenang kembali kenangan mengandungkan Zaharah...fuhhh sungguh hebat...

otw masa hantar Nabihah, principle Nabihah kata..."wa baby pun ikut juga..."
semasa proses menunggu no giliran utk jumpa doc, sbb Zaharah batuk...ada sebuah keluarga bersama anak lelaki kecil menuju masuk ke KK... Zaharah seperti hendak menyapa anak lelakinya...
ibu anak itu yg sedang sarat mengandungkan anak kedua...menyapa..."wa comelnya baby nie..."

wow...zaharah masih di panggil "baby"...
patutla zaharah masih belum teruja melihat baby2 yg ada di KK BSP...hehe

**In Shaa Allah, walau apa pun alhamdulillah Zaharah membesar menjadi anak yang solehah dan hebat...**

Friday, March 1, 2013

nukilan anak-anak

Sejak petang semalam...setiap hasil yang Nabihah buat.
Pasti lepas tu nyanyi lagu "Happy Birthday" dan beri padaku.

Tengah hari tadi... siap merajuk bagai....
Mummy cakap, hasil yang kretiviti dalam tv tu cantik...
Nabihah merajuk, dengan ayat "hasil yang kretiviti dalam tv tu cantik"

Dia kata, mummy tak cakap yang hasil Nabihah buat cantik.

Untuk memujuk hati anak-anakku...mereka suruh mummy bawak hasil tulisan tangan mereka ke ofis.

Daa... ini la hasilnya...

Campur-campur tulisan. Ada gak tulisan mummy...hehe
Nabihah buat bentuk "Love" bagi menggambarkan perempuan... bentuk "Kotak" bagi lelaki.
Shape untuk daddy dah betul...tapi untuk Zaharah pun, Nabihah buat kotak.
Sebab Nabihah kata Zaharah looks like boy... sabar je la anakku.

Thursday, February 28, 2013

Luahan hati Afiqah

Afiqah: Nape mummy balik lambat...lepas mummy habis kerja. Mummy takyah la pergi mana2, takyah la jumpa kawan2.
Mummy: Mummy tak pergi mana2. Kadang2 mummy siapkan kerja di ofis.
Afiqah: Selalu daddy dah sampai rumah, tapi mummy belum sampai.
Mummy: Ok la sayang...mummy cuba balik awal ye.
Afiqah: mummy nie lawa la..
Mummy: Alhamdulillah, terima kasih. Afiqah pun solehah, baik, bijak, sopan santun, berbudi bahasa, hormat orang tua.
Afiqah: sambil datang dekat dan peluk ku....sayang mummy. Mummy balik la awal, adik nak mandi dan makan dengan mummy...
Mummy: In Shaa Allah sayang...

Al Fatihah buat arwah nenek; 3 tahun telah berlalu

alhamdulillah arwah nenek telah di selamat di jannah.
semoga arwah nenek sentiasa gembira dan bahagia di sana.

3 tahun masa berlalu terlalu pantas.
nenek adalah penyokong setia... dari aku kecil hingga dewasa, dari aku nikah dan sudah ada anak.
nenek Almarhum Hajah Kartinam Bt. Ibrahim (Maaf la kalau tersilap eja) akan meneman sesuatu yang baru yang ada pada diriku. 

Setiap kali aku cuti, nenek pasti akan tidur di rumah mak ayahku. katanya ada teman di kala
Mama dan Babah kerja. Masa majlis pernikahanku nenek 3 malam mengisi setiap pengisian majlisku.
Lepas nikah kami amik nenek bawak naik kereta starlet oren... (lepas ni tak tau la nak cat warna apa...hehe, masih di workshop nie...mode: sedih)   datang rumah Setia Jaya.

Nenek kata kereta racing, ekzos besar, bunyi kuat...hehe..membuat kami terhibur.
Setiap kali aku selamat bersalin, nenek pasti datang melawat aku dan cicit barunya. Setiap masa itu, makcik ku (adik babah yang bongsu) setia menemani nenek ke mana2.  

***********************************************************
Sehari sebelum nenek meninggal, 12 lebih malam; kira awal pagi Isnin. Kebetulan majlis pertunangan sepupuku (Sabtu). Memang ramai saudara mara yang datang termasuk mak mertuaku.
Lepas selesai makan-makan di luar...kami masuk ziarah nenek...Ya Allah sayunya hati ku melihat nenek, tetapi nenek sentiasa tenang. Bila aku bersalam, genggamannya menandakan kerinduan. Seminggu @ 2 minggu sebelum tu, nenek demam. Nenak ada tanya pada mama, apa khabar kami anak beranak. Lama tak datang menjengah.  

Bila melihat keadaan nenek yang nampak kurang bermaya... mak mertuaku berkata "ni macam dah tak lama lagi usianya". Terus aku tak sedap hati... aku uruskan la nenek mana yang boleh, usap2 badannya. Nenek memang suka di usap2, di belai2. orang veteran la katakan. Padaku, jika nenek meninggal dunia pun, biarla dalam iman dengan mudah proses sakaratul mautnya. 

Hari Ahad, sebelum balik bangi...aku ajak suamiku singgah jenguk nenek. Hati rasa tak sedap, masih terngiang2 kata2 mak mertuaku. Tetapi sebab kami keluar dari rumah mama dan babah lewat, maka hasrat untuk menjengah nenek di batalkan. Suamiku kata minggu depan sahaja kita ziarah. Aku jawab dalam hati: takpe la kalau nenek meninggal dunia pun aku redha. Alhamdulillah Allah sempat menemukan aku dengan arwah nenek sebelum nazaknya. 

Malam tu aku dapat panggilan missed call 2-3 kali dari kakak sepupu sulungku. Waktu tengok missed call yang berkali-kali, malam pula tu...hati tak sedap. Sekali telefon balik, memang benar. Nenek telah di ambil Allah dengan tenangnya.

Selesai majlis pengurusan jenazah, kami pun bersiap2 balik singgah rumah mama dan babah kejap...kemudian balik bangi.

Al- Fatihah buat arwah nenek. Semoga sentiasa tenang dan bahagia bersama arwah atuk di syurga.
Doa kan kebehagian kami dunia akhirat. SAYANG NENEK...
  

keriangan sepupu2 Nabihah,Afiqah dan Zaharah

Faeyza Humaira Bt. Faizal Redza.... mari kita lihat aksinya....
dengan buku, pen, kertas memang cukup peka.
time nie baru berlajar bertatih, sekarang dh ligat berlari.
cuba tgk lesung pipitnya....warisan dari ayah
 Airis Alesya Bt. Faizal Fikri... mari kita lihat anak comel ini beraksi. Maaf la ye Airis kalau mummy Nur tersilap eja nama.
Airis dah pandai tgk lensa
beraksi dlm train ulat bulu, Genting Highlands
Anak-anak Ayah Long & Mak Long... sungguh meriah bila dapat berjumpa.
Maaf la ye kalau makngah tersilap eja nama. selalu panggil nama singkatan jer... Special Wani dengan Nabihah. Lahir sama tarikh 20/8/2007. Wani lahir sebelum subuh. Nabihah lahir sebelum maghrib.

Nurazliana Azhar, Mohd. Azrul Amir Azhar, Mohd. Azman Azhar, Nurazwani Azhar & Nurazwaliza Azhar

Wan Nur Qisya Bt. Wan Abdul Rakim. anak buah yang petah bercerita. peminat jagung.

cukup pandai makan jagung, tak bersepah

anak buah mummy semua ada baju nie, Airis next version yer... In Shaa Allah


Wednesday, February 27, 2013

mari kita semarakkan


Lama sangat tak update blog...baca blog lin: http://miruleen.blogspot.com/?spref=fb ...rasa rindu kat aktiviti anak2...

sibuk dengan aktiviti keluarga... anak2 membesar depan mata... tapi tanpa catatan tak dapat nak recall pada mereka bila diriku sudah meninggal. ini la peninggalan mummy...buat bacaan di kala rindu...

Nur Mirza Nabihah Bt. Azizan, 5thn6 bulan++;
Nur Mirza Afiqah Bt. Azizan, 3 thn 7 bulan ++;
Nur Fatimah Az Zaharah Bt. Azizan, 1thn2bln ++


 Pelbagai aksi Zaharah yang menjadi pemerhati kakak2nya...


daa....