Thursday, February 28, 2013

Luahan hati Afiqah

Afiqah: Nape mummy balik lambat...lepas mummy habis kerja. Mummy takyah la pergi mana2, takyah la jumpa kawan2.
Mummy: Mummy tak pergi mana2. Kadang2 mummy siapkan kerja di ofis.
Afiqah: Selalu daddy dah sampai rumah, tapi mummy belum sampai.
Mummy: Ok la sayang...mummy cuba balik awal ye.
Afiqah: mummy nie lawa la..
Mummy: Alhamdulillah, terima kasih. Afiqah pun solehah, baik, bijak, sopan santun, berbudi bahasa, hormat orang tua.
Afiqah: sambil datang dekat dan peluk ku....sayang mummy. Mummy balik la awal, adik nak mandi dan makan dengan mummy...
Mummy: In Shaa Allah sayang...

Al Fatihah buat arwah nenek; 3 tahun telah berlalu

alhamdulillah arwah nenek telah di selamat di jannah.
semoga arwah nenek sentiasa gembira dan bahagia di sana.

3 tahun masa berlalu terlalu pantas.
nenek adalah penyokong setia... dari aku kecil hingga dewasa, dari aku nikah dan sudah ada anak.
nenek Almarhum Hajah Kartinam Bt. Ibrahim (Maaf la kalau tersilap eja) akan meneman sesuatu yang baru yang ada pada diriku. 

Setiap kali aku cuti, nenek pasti akan tidur di rumah mak ayahku. katanya ada teman di kala
Mama dan Babah kerja. Masa majlis pernikahanku nenek 3 malam mengisi setiap pengisian majlisku.
Lepas nikah kami amik nenek bawak naik kereta starlet oren... (lepas ni tak tau la nak cat warna apa...hehe, masih di workshop nie...mode: sedih)   datang rumah Setia Jaya.

Nenek kata kereta racing, ekzos besar, bunyi kuat...hehe..membuat kami terhibur.
Setiap kali aku selamat bersalin, nenek pasti datang melawat aku dan cicit barunya. Setiap masa itu, makcik ku (adik babah yang bongsu) setia menemani nenek ke mana2.  

***********************************************************
Sehari sebelum nenek meninggal, 12 lebih malam; kira awal pagi Isnin. Kebetulan majlis pertunangan sepupuku (Sabtu). Memang ramai saudara mara yang datang termasuk mak mertuaku.
Lepas selesai makan-makan di luar...kami masuk ziarah nenek...Ya Allah sayunya hati ku melihat nenek, tetapi nenek sentiasa tenang. Bila aku bersalam, genggamannya menandakan kerinduan. Seminggu @ 2 minggu sebelum tu, nenek demam. Nenak ada tanya pada mama, apa khabar kami anak beranak. Lama tak datang menjengah.  

Bila melihat keadaan nenek yang nampak kurang bermaya... mak mertuaku berkata "ni macam dah tak lama lagi usianya". Terus aku tak sedap hati... aku uruskan la nenek mana yang boleh, usap2 badannya. Nenek memang suka di usap2, di belai2. orang veteran la katakan. Padaku, jika nenek meninggal dunia pun, biarla dalam iman dengan mudah proses sakaratul mautnya. 

Hari Ahad, sebelum balik bangi...aku ajak suamiku singgah jenguk nenek. Hati rasa tak sedap, masih terngiang2 kata2 mak mertuaku. Tetapi sebab kami keluar dari rumah mama dan babah lewat, maka hasrat untuk menjengah nenek di batalkan. Suamiku kata minggu depan sahaja kita ziarah. Aku jawab dalam hati: takpe la kalau nenek meninggal dunia pun aku redha. Alhamdulillah Allah sempat menemukan aku dengan arwah nenek sebelum nazaknya. 

Malam tu aku dapat panggilan missed call 2-3 kali dari kakak sepupu sulungku. Waktu tengok missed call yang berkali-kali, malam pula tu...hati tak sedap. Sekali telefon balik, memang benar. Nenek telah di ambil Allah dengan tenangnya.

Selesai majlis pengurusan jenazah, kami pun bersiap2 balik singgah rumah mama dan babah kejap...kemudian balik bangi.

Al- Fatihah buat arwah nenek. Semoga sentiasa tenang dan bahagia bersama arwah atuk di syurga.
Doa kan kebehagian kami dunia akhirat. SAYANG NENEK...
  

keriangan sepupu2 Nabihah,Afiqah dan Zaharah

Faeyza Humaira Bt. Faizal Redza.... mari kita lihat aksinya....
dengan buku, pen, kertas memang cukup peka.
time nie baru berlajar bertatih, sekarang dh ligat berlari.
cuba tgk lesung pipitnya....warisan dari ayah
 Airis Alesya Bt. Faizal Fikri... mari kita lihat anak comel ini beraksi. Maaf la ye Airis kalau mummy Nur tersilap eja nama.
Airis dah pandai tgk lensa
beraksi dlm train ulat bulu, Genting Highlands
Anak-anak Ayah Long & Mak Long... sungguh meriah bila dapat berjumpa.
Maaf la ye kalau makngah tersilap eja nama. selalu panggil nama singkatan jer... Special Wani dengan Nabihah. Lahir sama tarikh 20/8/2007. Wani lahir sebelum subuh. Nabihah lahir sebelum maghrib.

Nurazliana Azhar, Mohd. Azrul Amir Azhar, Mohd. Azman Azhar, Nurazwani Azhar & Nurazwaliza Azhar

Wan Nur Qisya Bt. Wan Abdul Rakim. anak buah yang petah bercerita. peminat jagung.

cukup pandai makan jagung, tak bersepah

anak buah mummy semua ada baju nie, Airis next version yer... In Shaa Allah


Wednesday, February 27, 2013

mari kita semarakkan


Lama sangat tak update blog...baca blog lin: http://miruleen.blogspot.com/?spref=fb ...rasa rindu kat aktiviti anak2...

sibuk dengan aktiviti keluarga... anak2 membesar depan mata... tapi tanpa catatan tak dapat nak recall pada mereka bila diriku sudah meninggal. ini la peninggalan mummy...buat bacaan di kala rindu...

Nur Mirza Nabihah Bt. Azizan, 5thn6 bulan++;
Nur Mirza Afiqah Bt. Azizan, 3 thn 7 bulan ++;
Nur Fatimah Az Zaharah Bt. Azizan, 1thn2bln ++


 Pelbagai aksi Zaharah yang menjadi pemerhati kakak2nya...


daa....







Saturday, December 8, 2012

Alhamdulillah Zaharah - 1 tahun

Bismillah...

Alhamdulillah...bertuahnya atas kurniaan Ilahi
Nur Fatimah Az Zaharah Bt. Azizan

26/11/2012 - 1 tahun tarikh hijrah
8/12/2012 - 1 tahun tarikh masihi

Zaharah, kita potong kek ye...makan sama2...

kakak2 nyanyi dan doakan kebahagian Zaharah,
semoga membesar sebagai anak yang solehah dan berada di landasan keislaman untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
rakan2 pembaca...juga di doakan kalian sentiasa ceria & bahagia dunia akhirat.

Terima kasih.  

Friday, December 7, 2012

Jumaat - 071212

Bismillah...

Hari ini penuh cabaran dan cobaan.
Perlu buat extension insuran utk renew roadtax parents. Sementara pinjam kereta mereka.
Tersilap tgk...tertengok polisi 2011. MAA Insuran.

Kedai kat bangi kata, kalau nak wat extension perlu pergi centernya.
Dia bgtau MAA depan courts mamot kajang.
Sendiri redah pegi...dah sampai n selamat parking...
Tengok...takde pun MAA depan courts???

Naikla tanya staff kat takaful...
Beliau kata dah pindah, saya tak tau pejabat barunya...cuba tanya staff KPMC.
uhhh....
Alhamdulillah staf KPMC tau n siap tunjuk arah nak ke sana...

Sampai sana...upenya MAA insuran dh di bawah Zurich...uhh...dugaan.
Siap guard tu tolong amik kan nombor lagi...cukup prihatin.
Bila dh berurusan dgn kaunter, staff tu kata ini bukan no. polisi MAA
uhh...lagi satu cobaan...
ini mungkin P&O insuran...

P&O insuran...???
First time dengar nama...di mana....?
Staff Zurich tu kaat "Maaf puan, Saya pun tak tahu...cuba puan tengok di Sg. Chua"
Saya: tengok...cari...nak datang sini pun saya dh pegi byk tempat...saya tak tau nak redah n tengok lagi area nie...saya kurang familiar.
Sorang Customer Zurich, uncle berbangsa india...bagi arah jalan, mudah saje katanya.

Di mana uncle...?
u terus je nak menghala ke Sg. Chua...lepas turun jambatan...P&O di sebelah stesyen minyak BP.
Betul ke uncle mudah jumpa...?
iye...u tgk betul2 sebelah kiri jalan...
Ok uncle terima kasih banyak...

Alhamdulillah selamat jumpa tempatnya, tengah hari hujan lebat pula di Kajang.
Rahmat...rahmat...
Selesai urusan extension insuran...gi JPJ seksyen 7 BBB renew roadtax.
sungguh pantas dan cepat

Alhamdulillah...
Rezeki: jumpa kedai yang boleh letak majalah2 saya untuk di jual...

Thursday, December 6, 2012

sesegar embun pagi

Bismillah...
Lama sungguh tak update blog nie...berdebu nampaknya

hati tu sentiasa teringat hendak menulis...tapi selalu tulis dalam hati akhirnya
situasi semalam:
Nabihah: mummy, nape mummy n daddy balik keje lambat
Mummy: mummy tunggu balik lepas maghrib, daddy sbb singgah kedai minum.
In Shaa Allah mummy cuba balik awal ye sayang...
Nabihah: angguk tanda setuju...

hari ni mummy bawa balik donut kegemaran daddy
mummy bawa piza Domino dan kerepek kentang buat anak2

Alhamdulillah ini la rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
Di salurkan kepadaku.

Syukur...