Friday, September 13, 2013

Kiraan EDD

Bismillah.

Alhamdulillah

Apakah EDD?
EDD: (estimated date of delivery); tarikh anda dijangka bersalin.

Macam mana nak kira:
Pastikan bilakah hari pertama tarikh haid anda yg akhir ( LMP ).
kiraan kasarnya : berdasarkan tarikh LMP ,kemudian tambah 9 pada bulan dan 7 pada hari ke hadapan.anda akan dapat EDD.

contoh kiraan :
lmp( hari pertama haid) : 1.4.2011 selepas tambah 9 bulan dan 7 hari : edd 8.1.2011,
1+7=tarikh 8
4+9=13-12(1tahun ada 12 bulan) = bulan 1
Dengan mengetahui tarikh lmp anda akan lebih yakin untuk menghadapi hari2 seterusnya

Bagaimana jika Lupa lmp?
Jangan panik! pergilah  berjumpa doktor untuk ujian ultrasound bg menentukan tarikh EDD.
Walaubagaimanapun, tarikh mengikut kiraan lmp ini adalah lebih tepat berbanding scan.

Maklumat lanjut untuk pembacaan.
Sila layari http://klinikajwa.com/2011/07/01/tanda-tanda-kehamilan-dan-bagaimana-mengira-edd/

Kesuburan Diri Wanita

Bismillah...

Alhamdulillah...
Macam mana nak kenal tempoh subur diri???

Tempoh subur adalah hari ke-14.

Mengikut kajian/kiraan saya.

contohnya
Jan/2013: period pada 13/1//2013
Feb/2013: period pada 10/2/2013

Macam mana nak kira cycle period.
Cuba anda kira dari 13/1/2013 - 10/2/2013.
Anda dapat: 29 hari.

29-14=15...maknanya hari yang ke-15 adalah hari anda paling subur

Kira 15 hari dari tarikh 10/2/2013.

Menunjukkan  24/2/2013 adalah hari ke-15...di mana tiub fallopio anda sedang merembeskan ovum.

Ada orang tempoh suburnya 3 atau 5 hari sebelum dan selepas 24/2/2013.

Saya ambil contoh 5 hari;
maka tempoh subur anda adalah 20-18 Feb 2013.
Jika anda dan pasangan bercadang mendapatkan zuriat...usahala dalam tempoh di atas.
relakskan minda...positif kan emosi, insyaAllah lebih tenang sewaktu proses bersama.

Jika belum bercadang...guna/buat cara lain dalam tempoh di atas.

Untuk anda lebih mahir dan mengenali tempoh subur anda, cuba buat kiraan pada bulan-bulan yang lain.

InsyaAllah...selamat mengenali kitar subur anda.



Gaji

Bismillah.

Alhamdulillah saya masih dapat gaji.
Ramai orang kata sebenarnya gaji tu Allah pinjam pada kita untuk di agihkan kepada yang berhak.
Juga untuk kita mendapatkan keberkatan dari rezeki yang halal dan berkat dunia akhirat kita.

Agihan:
10% - simpanan tetap/jangka panjang;
kelak akan digunakan apabila kita hendak tunaikan haji atau membeli aset tetap.

10% - simpanan jangka pendek
kelak digunakan untuk pengajian diri sendiri dan anak-anak, beli kenderaan
5% - wakaf; bagi bekalan untuk akhirat
peratusan boleh bertambah dari masa ke semasa
75% - keperluan hidup + bil-bil

Bismillah. Ya Allah Ya Tuhanku.
Perluaskanlah pintu rezeki yang halal buat diriku sekeluarga serta muslimin muslimat sekalian
dunia akhirat kami. Amin.

Ya Allah...ringankan dan berkatikanlah dunia akhiratku

Bismillah...

Ya Allah...
Aku mohon dariMu, ringankan
- mataku yang berat sebab mengantuk
- kepala ku yang berat sebab selsema

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Friday, June 7, 2013

Computer crime: 20 Dos and don'ts of online safety

The STAR, Thursday, 6 June 2013
star search, pg 5

1. Never click on the link you did not expect to receive.
2. Use different passwords on different
3. Never reuse your main email password
4. Use anti-virus software
5. If in doubt, block
6. Think before you tweet and how you share information
7. If you have a "wipe your phone" feature, you should set it up
8. Only shop online on secure sites
9. Don't assume banks will pay you back
10. Ignore pop-ups
11. Be wary of public WiFi
12. Run more than one email account
13. Macs are as vulnerable as PCs
14. Don't store your card details on web-sites
15. Ad a DNS service to protect other devices
16. Enable two-step verification
17. Lock your phone and tablet devices
18. Be careful on auction sites
19. Lock down your facebook account
20. Remember you're human after all

Sunday, May 19, 2013

Ingatan untuk saya dan anda... Doakan kebaikan dunia akhirat

Bismillah...
buat coretan saya dan bacaan anda...

Alhamdulillah sesuatu atau doa yang positif insyaallah menghasilkan kebaikan dunia akhirat,

adik kedua: alhamdulillah berjaya menyumbangkan ilmu sebagai pendidik. mohon keberkatan dari Allah buat Faizal Redza Ramli sekeluarga dunia akhirat.

adik bongsu: alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal. moga menjadi jurutera soleh yang disegani dunia akhirat. mohon keberkatan dari Allah buat Faizal Fikri Ramli sekeluarga dunia akhirat.

adik iparku:  alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat. moga dapat menyumbangkan ilmu dan tenaga yang diberkati Allah dunia akhirat. mohon keberkatan dari Allah buat Siti Khuzaimah Ahmad sekeluarga dunia akhirat.

pada adik2ku dan ipar2ku...dengan hanya 1 klik, kalian berjaya menjadi insan berguna dunia akhirat. semoga kecerdikan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya dunia akhirat.

abg iparku: alhamdulillah menjadi peniaga yang berjaya dan diberkati Allah dunia akhirat buat Azhar Ahmad sekeluarga dunia akhirat. moga dapat menjadi penaung keluarga yang soleh dunia akhirat.

suami & diriku  sekeluarga: mohon kejayaan dan keberkatan dari Allah buat Azizan Ahmad & Nur Farah Liza Ramli sekeluarga dunia akhirat.

Nur Mirza Nabihah Azizan: InsyaAllah menjadi Doktor Pakar Gigi yang solehah dan diberkati Allah dunia akhirat.

Nur Mirza Afiqah Azizan:  InsyaAllah menjadi Profesor terkenal (pendidik) yang solehah dalam bidang kejuruteraan dan diberkati Allah dunia akhirat.

Nur Fatimah Az Zaharah Azizan: InsyaAllah menjadi Doktor Pakar O&G dan Pemidato yang solehah serta mampu membantu menegakkan syiar Islam dan diberkati Allah dunia akhirat. Idola mummy: Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Friday, May 17, 2013

Derma Darah

Sudahkah anda derma darah?
Jika ya, alhamdulillah...

Jika belum, alhamdulillah...Adakah anda berhasrat untuk menderma?
Jika ya, alhamdulillah...
Jika belum, anda masih perlukan masa untuk berfikir dan bertindak.

Tetapkan niat anda untuk menderma.
Untuk mendapat keredhaan dari Allah.

Alhamdulillah, sebelum nikah saya sudah mula menderma.
Ada buku derma darah.

Sebab apa menggalakkan saya untuk menderma?
1. moga mendapat keberkatan dari Allah.
2. sebab saya tengok housemate saya menderma darah.
3. sebab ada iklan di tv. Tiada harta yang kamu dapat tinggalkan untuk ibu dan ayah. Mendermalah, moga dengan derma anda ini dapat membantu ibu dan ayah anda.

hati saya tersentuh dengar iklan tersebut.
memang saya tiada harta untuk di tinggalkan kepada ibu dan ayah, moga dengan saya menderma darah ini dapat membahagiakan mereka dunia akhirat.

selepas nikah, saya tidak aktif menderma darah.
berlaku peristiwa kepada saya semasa melahirkan anak ke-3.
saya perlu tambah darah di wad, sebab hb saya drop.
sebelum bersalin 13, selepas bersalin 8.
pakar tengok tapak tangan saya pucat.
saya kata, berila saya masa insyaAllah ok.
tetapi keadaan saya tidak mengizinkan, untuk balik rumah saya perlu stabil dulu.
jika pitam di rumah, lebih bahaya.
***waktu ini saya tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

selepas selesai tempoh berpantang.
saya pergi check up di klinik tempat kerja saya.
saya sembang pengalaman bersalin saya, bagaimana pakar memaklumkan saya perlu di tambah darah.
doc baca rekod saya, beliau tanya...
doc: Puan tau tak keadaan sebenar puan semasa itu?
saya: saya hanya tersenyum...saya kata tak tahu...yang saya tahu, saya terlalu sejuk rasa nak cepat keluar dari bilik itu dan peluk baby saya.
doc: puan mengalami sedikit tumpahan darah kerana rahim lambat kecut.
puan tau apa komplikasi bila rahim lambat kecut?
saya: geleng kepala.
doc: puan boleh maut jika keadaan kritikal.
puan: hanya ucapan alhamdulillah, syukur yang mampu terucap.
Allah masih meminjamkan nyawa kepada saya, alhamdulillah sehingga saat ini.

moral of the story: Allah sudah bayar darah yang saya derma, semasa saya masih hidup. Alhamdulillah.