Monday, February 9, 2015

Jumpa Kawan Sembang, Kak Kim

Bismillah,

Semasa dalam perjalanan ke Bank, singgah beli kuih.
Dalam hati sambil-sambil tunggu giliran boleh makan kuih alas perut.

Sampai-sampai dapat no...35 orang lagi kena tunggu.

Naik atas cari kerusi kosong yang ada meja, sebab senang nak tulis borang kuar duit.
Jumpa la sorang kakak ni.
Aku offer makan kuih yang aku beli...alhamdulillah dia terima.
Sebab aku tahu mesti dia pun lapar macam perutku.

Sambil-sambil makan kuih kami pun sembang la dari urusan kerja sampai urusan keluarga.
Tak di sangka-sangka sampai la no giliran kami.
Pada awalnya kami rasa lama...tapi dengan makan dan sembang alhamdulillah di permudahkan Allah urusan dan jemu menunggu tu.

No. aku 6 setelah Kak Kim.
Datangla adik comel duduk sebelah ku...sambil nak duduk sambil tengok-tengok perutnya.
Dalam hati ku, mengandung ke adik ni...tapi nampak muda.
Setelah di amat-amati...tengok jarinya berinai.
Tanyala pakai inai apa...dah lunak sikit perbualan tu...
Aku tanya, baru nikah ke...
aa ya jawab adik manis ni.
Bila...
Baru bulan Januari tu kak, alhamdulillah ni dah mengandung.

Sambil tunggu no ku dipanggil ada lagi seketul goreng pisang.
Pasti adik ni pun lapar.
Ku sua goreng pisang tu...dia malu-malu.
Amik la dik, ni rezeki adik...
Alhamdulillah adik tu ambil goreng pisang tersebut.

Sambung sembang lagi...kadang-kadang aku ni suka tanya.
Upe-upenya adik ni belum makan, takde rasa loya tapi tak berapa lalu nak makan nasi.
Aku pun mula la sesi ceramah pendek...hehe
Awal-awal mengandung ni kena jaga lebih lagi.
Alhamdulillah adik takde mabuk-mabuk.
Tapi adik kena makan makanan yang berkhasiat ya...kesian baby lapar.
Puas bila ku lihat adik tu mampu tersenyum.
Alhamdulillah no giliran ku pun di panggil.

Dapatla jumpa 2 orang kawan baru hari ni.
Kak Kim keje di Inspen.
Adik manis keje di Farmasi Sekyen 8, Bandar Baru Bangi.

wassalam.

No comments:

Post a Comment