Friday, May 17, 2013

Derma Darah

Sudahkah anda derma darah?
Jika ya, alhamdulillah...

Jika belum, alhamdulillah...Adakah anda berhasrat untuk menderma?
Jika ya, alhamdulillah...
Jika belum, anda masih perlukan masa untuk berfikir dan bertindak.

Tetapkan niat anda untuk menderma.
Untuk mendapat keredhaan dari Allah.

Alhamdulillah, sebelum nikah saya sudah mula menderma.
Ada buku derma darah.

Sebab apa menggalakkan saya untuk menderma?
1. moga mendapat keberkatan dari Allah.
2. sebab saya tengok housemate saya menderma darah.
3. sebab ada iklan di tv. Tiada harta yang kamu dapat tinggalkan untuk ibu dan ayah. Mendermalah, moga dengan derma anda ini dapat membantu ibu dan ayah anda.

hati saya tersentuh dengar iklan tersebut.
memang saya tiada harta untuk di tinggalkan kepada ibu dan ayah, moga dengan saya menderma darah ini dapat membahagiakan mereka dunia akhirat.

selepas nikah, saya tidak aktif menderma darah.
berlaku peristiwa kepada saya semasa melahirkan anak ke-3.
saya perlu tambah darah di wad, sebab hb saya drop.
sebelum bersalin 13, selepas bersalin 8.
pakar tengok tapak tangan saya pucat.
saya kata, berila saya masa insyaAllah ok.
tetapi keadaan saya tidak mengizinkan, untuk balik rumah saya perlu stabil dulu.
jika pitam di rumah, lebih bahaya.
***waktu ini saya tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

selepas selesai tempoh berpantang.
saya pergi check up di klinik tempat kerja saya.
saya sembang pengalaman bersalin saya, bagaimana pakar memaklumkan saya perlu di tambah darah.
doc baca rekod saya, beliau tanya...
doc: Puan tau tak keadaan sebenar puan semasa itu?
saya: saya hanya tersenyum...saya kata tak tahu...yang saya tahu, saya terlalu sejuk rasa nak cepat keluar dari bilik itu dan peluk baby saya.
doc: puan mengalami sedikit tumpahan darah kerana rahim lambat kecut.
puan tau apa komplikasi bila rahim lambat kecut?
saya: geleng kepala.
doc: puan boleh maut jika keadaan kritikal.
puan: hanya ucapan alhamdulillah, syukur yang mampu terucap.
Allah masih meminjamkan nyawa kepada saya, alhamdulillah sehingga saat ini.

moral of the story: Allah sudah bayar darah yang saya derma, semasa saya masih hidup. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment