Thursday, May 14, 2015

Yang Mana Satu Yuhanis, Hati Perempuan

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah, kembali saya di medan penulisan...ada sahaja yang bermain di benak fikiran untuk menulis pelbagai coretan. Namun kadangkala ia hanya bermain di minda bukan di mata pena. Petang Khamis saya mengasah skill bermain catur. Ini gara-gara sebab nak berlawan antara Gugusan pada hari Sabtu. Pandangan pertama bila tengok board chess hati saya berdebar, sebab dari bulan 9 tahun 2014 saya tidak berlatih. Lawan dengan komputer pun tidak sama sekali. 

Terkeluarkan juga kata-kata dari mulut saya di depan Pengurus Catur Gugusan "boleh ke main ni, dah lama tak praktis". Hancur luluh pengurus dengar. Namun, saya gagahkan usaha...tajamkan minda...memang pening tak terkata...dek tahan perut yang lapar di tambah dengan dah lama tak berlatih chess. Alhamdulillah dapat juga selesaikan 1 game...walau kena checkmate. Dapat la juga aku imbas segala tricks and skills. Tempat berlatih adalah dalam library yang sungguh tenang, sunyi dan sepi. 

Yang bestnya, ada pelajar sedang praktis berdiolog...macam tengok drama pun ada. Tapi situasi mereka tidak mengganggu urusan kami. Setelah mereka habis praktis...sempat rakan saya bertanya..."Yang mana satuYuhanis". Saya pun terus menyampuk, "adik tengah buat lakonan Hati Perempuan ke". Mereka jawab "tidak" sambil masing-masing tersenyum.


Novel "Hati Perempuan"

Sungguh kuat pukulan novel yang aku sedang baca "Hati Perempuan". Tak sangka rakan satu team catur yang lelaki pun follow tonton movie "Hati Perempuan". Salah seorang kata, isteri dia buka channel tu terpaksa la tengok sekali. Hehe...tergelak saya dengar jawapan tu. Saya bgtau, saya tak sempat tengok movie tu, tapi saya baca novelnya...saya rasa seronok...:). Anak saya Afiqah pun jeles bila saya ngadap baca novel "Hati Perempuan". Alhamdulillah sudah selamat pulangkan ke Perpustakaan Hulu Langat.

Sedikit potongan ayat, "Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi."

Potongan prolog, "Suara ceria kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang bermain di hamparan luas padang rumput seolah-olah satu irama indah buatnya. Bukan harta mahupun nama yang membahagiakan manusia, bukan juga kejayaan menjulang dan kekayaan bergunung untuk membeli kegembiraan. Apa yang penting ialah reda dan rahmat Ilahi bersama restu ibu bapa. Dia tidak ingin tamak untuk mencari apakah sebenarnya menjadi manusia yang paling bahagia di dunia. Kerana kebahagiaan di dunia ini adalah bila seseorang manusia itu bersyukur. Doa setiap melakukan solat."

Potongan epilog, "Assalamualaikum...Suara hampir di telinganya menyedarkan Yuhanis dari lamunan. Pujian dan kesyukurannya kepada Allah tidak pernah putus. Dia juga bersyukur kerana dilahirkan dengan kesedaran yang begitu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapi Yuhanis bahagia dengan segala anugerah yang diberikan-Nya walaupun ada ketika badai melanda."

Dapatkan novel ini berhampiran anda untuk mengetahui kupasan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment